Isnin, 6 Jun 2011

Ustaz Fahmi Zamzam An Nadwi


Ustaz Fahmi Zamzam An Nadwi

Kuliah pengajian Kitab Bimbingan Remaja Islam Siri 1/II berkenaan YA BUNNAYA! dan AYUHAL WALAD bermaksud 'WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA' oleh Tuan Guru Sheikh Fahmi Zamzam An Nadwi Al Maliki di Masjid Al-Jawahir amat menarik, padat dan penuh bermakna untuk dikongsi dan diamalkan dlm kehidupan seharian untuk bekalan di akhirat kelak. 

Tambah menarik jika anak2 muda kita ikut bersama dgn kuliah ini, tapi.... walau bagaimanapun kita yang tlh hidup lama di dunia ini pun masih bnyk kekurangannya. Moga Allah swt tambahkan keimanan dan ketakwaan kita hendaknya Amin, amin ya rabbal alamin.

Biodata Ringkas Ustaz Fahmi Zam-Zam :
Di sini diturunkan sebuah biodata ringkas Ustaz Fahmi untuk sesiapa yang kurang mengenali beliau atau masih tercari-cari siapakah gerangan Ustaz Fahmi yang hasil tulisannya banyak didapati di toko-toko buku agama di seluruh negara:

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjar Masin, Kalimantan Selatan. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan selatan sehingga Tingkatan ‘Aliyah. Beliau seterusnya melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.

Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama’ terkenal Samahah As-Sheikh Abul Hassan Al-Hasani An-Nadwi r.h. di Nadwatul Ulama’, Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan datang ke Malaysia, seterusnya berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.

Pada tahun 1988, beliau berkesempatan berguru dengan As-Sheikh Mohammad Yasin Al-ngan As-Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki, sehingga dianugerahkan dengan gelaran keluarganya “Al-Maliki” pada tahun 2002.

Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Warateweh, Kalimantan, Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama’ Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sessi 2004 – 2009

Melalui penerbitan Khazanah Banjariah, Al-Fadhil telah bergiat aktif dalam usaha pengeluaran kitab-kitab berbahasa Melayu. Antara lain, Al-Fadhil telah banyak menyusun kitab-kitab kumpulan hadits-hadits seperti ‘40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman’, ’40 Hadis Penawar Hati’ dan ‘40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama’. Al-Fadhil juga telah mentahkik dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama’ silam Nusantara As-Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani seperti ‘Sairus Salikin’ (4 jilid) dan ‘Hidayatus Salikin

Disamping itu, Al-Fadhil juga aktif menterjemahkan kitab-kitab tasawuf yang ulung seperti ‘Bidayatul Hidayah’ dan ‘Ayyuhal Walad’ karangan Imam Al-Ghazali serta ‘Bustanul Arifin’ karangan Imam An-Nawawi.
bnyknya ilmu yg dpt ditimba dari tuan guru ini. Beliau menyampaikan dgn begitu bersahaja tanpa gelak ketawa atau menceritakn hal org lain, begitu berkesan dan bermakna setiap ayat yg disampaikannya...
Junnainah Jukee..................
 
Kuliah khas bersama ulama dari Terengganu dan kedah.
Hadirin Dijemput Hadir..........

Perlawanan persahabatan bolasepak di antara pasukan Masjid Al-Jawahir menentang Pesint Bakti Surau United

Perlawanan persahabatan bolasepak di antara pasukan Masjid Al-Jawahir menentang Pesint Bakti Surau United telah diadakan pagi semalam di padang Presint Bakti, berkesudahan dengan keputusan Masjid menang 2 berbalas 0. Pasukan Masjid menurunkan pemain-pemain veteran yang nama-nama mereka akan didedahkan kemudian....masih menunggu isyarat daripada En Rahman untuk gambar-gambar dimuatnaikkan. Pihak JK mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen dan kemenangan!
Encik Mahadzir...
 
KEM INDAHNYA SOLAT (KIS)
19 JUN 2011 (AHAD). Anjuran NAZIM JOHOR dan HELWA, 
Masjid Al-Jawahir, Taman Mutiara Rini .
 
7.30 pagi - 6.00 petang
Yuran Penyertaan: RM15.00 seorang
Umur Peserta: 8-12 tahun (Lelaki & Perempuan)
Aktiviti: Bacaan talaqi syafahiah (Semakan bacaan individu dan berkumpulan)
Terhad: 50 orang peserta.
OBJEKTIF:
- Peserta dapat mempraktikkkan pergerakan/rukun fi'il dalam ibadah solat dengan betul
- Peserta dapat menyatakan kepentingan kefardhuan solat kepada muslim mukallaf.
- Peserta dapat melafazkan bacaan solat dengan betul.
- Pelajar dapat melafazkan bacaan wudhuk dengan betul dan menyempurnakan wudhuk dengan sempurna